Isnin, 14 Februari 2011

Antara Cinta dan Benci [Episod 1]


Dalam mencari sebuah kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan, kita kadang-kadang perlu melalui jalan-jalan yang berliku dan penuh onak dan duri. Kata orang ini semua dugaan dari yang Maha Esa. Kita perlu besyukur kepada-Nya tak kira apa jua yang berlaku.

Inilah tatapan permulaan sebuah cerita "Antara Cinta dan Benci"

Aku mulakan kisah ini dengan audition untuk pertandingan Festival Teater MAKUM pada 2004. Pada waktu itu aku dapati pengarah dan juga penulis skrip inginkan aku melakonkan watak utama. Hehehehe sungguh tak ku sangka ibarat syarat bagi aku untuk hadir ke sesi ujibakat itu.
hehehehe....

Bila memulakan sesi latihan banyak perkara yang perlu aku belajar. Bagaimana nak menguruskan masa antara belajar dan juga lakonan. heheheh pening aku di buatnya. So aku tanya sahabat2 senior yang rapat dengan aku. emmm so aku mulakan satu persatu yang mana penting dan mana yang tak penting. Start je tranning aku di gemparkan dengan kehadiran sifu teater tempat aku belajar, aku panggil dia Abg Shah, takut aku dibuatnya...dia ajar aku dari pagi sampai ke malam, tak kira ada masa terluang mesti akan di ajar aku satu persatu lafaz dialog dengan baik. Ibarat zaman pendidikan yang dulu2 lagi aku di rotan dan di pukul serta di denda kaalu aku ada wat salah...bagi aku, aku tak kisah sebab ni CINTA aku kat seni teater. Thanks byk2 Abg Shah sebab didik amy menjadi pelakon yang baik :)

ehheheheh

Jasanya amat aku sangat2 hargai, aku tetap sayang dia :) seronok aku dalam latihan, satu persatu rakan dapat aku kenali.....waaa happy2 ehhehehe
Pengalaman ini yang banyak memantangkan aku "Mendidik biarlah dengan cara Pendidik"

hehehehehe

so buat rakan2 yang sekuliah dengan aku dulu time aku kat UPM yang menjadi pendidik fokus dan ikhlas la dalam mendidik, pahala korang sangat banyak, aku sangat2 rugi sebab aku tak jadi pendidik, tapi buat masa ini aku seronok sebab peluang ini hanya datang sesekali dalam seumur hidup...

hehehehehhe

kelakar la rasanya coretan pertama aku dalam blog aku yang tak seberapa ini, korang komenla apa sahaja tak kira yang positif ataupun yang negatif, aku terima sebagai permulaan aku berkarya :) so jumpa lagi episod 2 nanti ehhehehe


[bersambung]